Monday, 11 November 2013

Sejarah SPM 2013 - Kertas 1

Saudara-saudari, cuba lihat analisa kertas 1 di bawah yang akan banyak memberi panduan untuk anda menjawab dengan lebih tepat:

1    Terdapat 2 jenis soalan objektif dalam SPM.
       a)   Aneka pilihan
       b)   Aneka pelengkap / Gabungan

2    Soalan Aneka gabungan sudah dikurangkan. Jadi calon sepatutnya dapat jawab dengan mudah dan cepat.

3    Langkah menjawab
      a)   Baca semua soalan terlebih dahulu dengan cepat.
      b)   Jawab soalan yang pasti betul dahulu dan terus lorek jawapan pada Kertas OMR.
      c)   Soalan yang tidak pasti jawapan tandakan diatas kertas soalan dan juga kertas jawapan supaya calon tidak tanda jawapan yang salah.
      d)   Sekiranya tidak faham soalan, baca jawapan untuk dapatkan klu.
      e)   Sekiranya tidak dapat jawapan yang betul cari jawapan yang salah dan gunakan cara " elimination"...
            -   pastikan jawapan yang salah dahulu.
            -   kemudian teka jawapan dari pilihan yang tidak pasti.
      f)   Selepas menjawab, calon dinasihatkan mengira jumlah jawapan. Cuba lihat analisa berikut:


* daripada analisa didapati purata jumlah jawapanya adalah 10 atau paling banyak 11.
* pastikan anda dapati jawapan dengan purata yang betul. Sekiranya dapat jumlah jawapan yang melebihi purata ini sila semak semula.


Berikut adalah analsia soalan mengikut tema agar saudara-saudari dapat mengetahui pemberatan soalan mengikut tajuk:






2 comments: