Monday, 11 November 2013

Teknik menjawab Kertas 2

Bahagian A ( Soalan Struktur )

1   Jawapan mesti pendek. Contoh...
     - Nanyatakan dua faktor penghijrahan Nabi Muhammad
        a) Penentangan Quraisy
            * Tidak perlu menulis NM berhijrah ............ kerana penentangan orang Quraisy
        b) Jemputan penduduk Madinah
             * Tidak perlu tulis NM berhijrah kerana................... jemputan penduduk Madinah

2   Anda bolih tulis jawapan lebih. Contohnya, bila soalan hendak 2 faktor, anda bolih tulis seberapa banyak faktor.


Bahagian B ( esei ) 

1.   Tidak perlu pengenalan

2.   Tidak perlu Kesimpulan

3.   Tiada markah untuk bahasa, tidak perlu banyak fokus kepada tatabahasa

4.   Tahun tidak diberi markah, pastikan faktanya betul.

5.   Markah diberi kepada isi, jadi calon tidak perlu fokus banyak  kepada panjang jawapan.

6.   Pastikan anda tulis sesuatu yang logik bagi bahagian KBKK, jangan biarkan kosong.

7.   Panjang jawapan bergantung kepada jumlah markah yang diberi.

8.   Pastikan anda jawab dalam bentuk perenggan bukan dalam bentuk isi.

Sejarah SPM 2013 - Kertas 1

Saudara-saudari, cuba lihat analisa kertas 1 di bawah yang akan banyak memberi panduan untuk anda menjawab dengan lebih tepat:

1    Terdapat 2 jenis soalan objektif dalam SPM.
       a)   Aneka pilihan
       b)   Aneka pelengkap / Gabungan

2    Soalan Aneka gabungan sudah dikurangkan. Jadi calon sepatutnya dapat jawab dengan mudah dan cepat.

3    Langkah menjawab
      a)   Baca semua soalan terlebih dahulu dengan cepat.
      b)   Jawab soalan yang pasti betul dahulu dan terus lorek jawapan pada Kertas OMR.
      c)   Soalan yang tidak pasti jawapan tandakan diatas kertas soalan dan juga kertas jawapan supaya calon tidak tanda jawapan yang salah.
      d)   Sekiranya tidak faham soalan, baca jawapan untuk dapatkan klu.
      e)   Sekiranya tidak dapat jawapan yang betul cari jawapan yang salah dan gunakan cara " elimination"...
            -   pastikan jawapan yang salah dahulu.
            -   kemudian teka jawapan dari pilihan yang tidak pasti.
      f)   Selepas menjawab, calon dinasihatkan mengira jumlah jawapan. Cuba lihat analisa berikut:


* daripada analisa didapati purata jumlah jawapanya adalah 10 atau paling banyak 11.
* pastikan anda dapati jawapan dengan purata yang betul. Sekiranya dapat jumlah jawapan yang melebihi purata ini sila semak semula.


Berikut adalah analsia soalan mengikut tema agar saudara-saudari dapat mengetahui pemberatan soalan mengikut tajuk: