Wednesday, 23 October 2013

Penilaian Kendiri Sejarah SPM 2013 ( Tingkatan 4 )

Pelajar-pelajar SPM , beri fokus perkara berikut untuk SPM 2013.

Bab 1   
TAMADUN HWANG HO
1    Senaraikan 2 dinasti
2    Senaraikan agama dan kepercayaan
3    Apakah tujuan kalendar
4    Nayatakan sumbangan dalam sektor pertanian
5    Pada pandangan anda bagaimanakah Malaysia dapat memajukan sektor Pertanian


Bab 2   
TAMADUN CHINA
1    Huraikan sistem pendidikan Tamadun China
2    Jelaskan jenis dan matlamat Peperiksaan dalam Tamadun China
3    Pada pandangan anda apakah langkah yang boleh diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat       Pendidikan Antarabangsa.

TAMADUN INDIA
1    Senaraikan pusat perdagangan dalam Tamadun India
2    Nyatakan pelabuhan utama Tamadun India
3    Apakah barangan utama yang diperdagangkan
4    Senaraikan tujuan Stresthin
5    Pada pandangan anda apakah langkah yang boleh diambil oleh Malaysia memajukan sektor Perdagangan


Bab 5   
TAMADUN ISLAM DI MADINAH
1    Nabi Muhammad s.a.w dan pengikutnya berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622m.
       a)    Apakah Faktor yang mempengaruhi penghijrahan
       b)    Huraikan kepentingan penghijrahan Nabi Muhammad
       c)    Pada pandangan anda apakah bukti menunjukkan hijrah bukan satu pelarian

2    a)    Nyatakan golongan yang terlibat dalam Perjanjian Aqabah
      b)    Apakah syarat-syarat
              -   Perjanjian Aqabah 1
              -   Perjanjian Aqabah 2
      c)   Senaraikan kesan-kesan Perjanjian Aqabah 2
      d)   Pada pandangan anda mengapakah perjanjian penting kepada sesebuah negara

3    a)   Senaraikan cara-cara penyebaran Islam di Madinah
      b)   Nyatakan peperangan yang berlaku dalam usaha Penyebaran Islam
      c)   Apakah prinsip-prinsip atau Etika peperangan dalam Islam
      d)   Pada pandangan anda mengapakah sesebuah negara perlu mengelakkan peperangan

4    a)   Mengapakah Nabi Muhamman s.a.w menakluki Kota Makkah pada tahum 630m
      b)   Apakah kesan-kesan penaklukan Kota Makkah pada tahum 630m
      c)    Pada pandangan anda apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan tentera Islam menakluki Kota Makkah


Bab 7   
ISLAM DI ASIA TENGGARA
1    a)   Huraikan teori-teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
      b)   Bagaimanakah Islam disebarkan di Asia Tenggara melalui perdagangan
      c)   Pada pandangan anda apakah perubahan-perubahan yang dibawa oleh Islam dalam bidang politik dan Pentadbiran


Bab 9   
PERKEMBANGAN DI EROPAH
1    a)   Apakah maksud zaman gelap
      b)   Huraikan ciri-ciri Masyarakat Eropah pada zaman gelap
      c)   Pada pandangan anda apakah persamaan sistem Feudal di Eropah dengan masyarakat melayu tradisional

2    a)   Apakah yang dimaksudkan dengan penjelajahan dan penerokaan
      b)   Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti penjelajahan dan penerokaan
      c)   Nyatakan kesan-kesan penjelajahan dan penerokaan


Bab 10   
PERUBAHAN SELEPAS CAMPURTANGAN BRITISH
1    a)   Apakah undang-undang Tanah yang diperkenalkan oleh British di Malaysia
      b)   Huraikan Dasar British terhadap pekebun kecil di Malaysia
      c)   Pada pandangan anda apakah Kepentingan Tanah Simpanan Melayu 1913

1 comment: